Suria Dan Siara – Anuar Zain


Bintang timur muncul sebentar cuma
Pastikan hilang pada dinihari
Segelintir yang menyaksinya
Hadir cuma sebentar bagaikan suatu rahsia

( bridge )
Tinggalkan malam layangan ilham
Sampaikan salam siarra yang bungkam

( korus )
Selamat pagi sang suria mulaikan hari
Apakah janjimu untukku hari ini
Selamat tinggal sang siarra akhiri malam
Apakah rahsia yang telah kau bawa pergi

Bintang timur hadir bersama dingin
Pastikan pulang mengiringi sunyi
Segelintir yang menyaksinya
Hadir buat seketika simpan suatu rahsia

Disclaimer : Lirik lagu Suria Dan Siara – Anuar Zain ini adalah hak cipta / hak milik dari pengarang, artis, band dan label musik yang bersangkutan. Seluruh media termasuk lirik lagu ataupun Chord lagu yang terdapat disini hanyalah untuk media promosi dan pembelajaran. (18528)