Secukup Rasa – Nora


Satu, dua, tiga… periuk belanga
Menunggu api untuk menyala
Gerak pun bermula
Resipi dicuba untuk hidangan seisi keluaga

Bawang dihiris, santan ditapis
Minyak mendidih, rempah ditumis
Pedas berlada, masam bercuka
Garam dan gula secukup rasa

Secukup rasa, sukatan berpada-pada
Secukup rasa, petua amalan kita
Mari adik, marilah abang
Ikut rentak sambil berdendang
Jangan malu silalah makan
Nikmati hidangan
La la la la la

Aneka sajian, juadah tempatan
Resipi dari turun temurun
Enak berperisa, semerbak harumnya
Dengan ramuan secukup rasa

Disukat-sukat, mengikut sedap
Dengan selera, dengan kehendak
Makan berhimpun, bersopan-santun
Jangan pulak kenyang sampai termenung

Berpada-pada, bersederhana
Secukup rasa baru terasa nikmatnya…

Mari adik, marilah abang
Ikut rentak sambil berdendang
Jangan malu silalah makan
Nikmati hidangan
La la la la la

Secukup rasa, sukatan berpada-pada
Secukup rasa, petua amalan kita
(2X)

Nikmati irama secukup rasa
Bertemu lagi kita di lain masa!



Disclaimer : Lirik lagu Secukup Rasa – Nora ini adalah hak cipta / hak milik dari pengarang, artis, band dan label musik yang bersangkutan. Seluruh media termasuk lirik lagu ataupun Chord lagu yang terdapat disini hanyalah untuk media promosi dan pembelajaran. (16811)