Rakan Slawat (Kenangan) – Raihan


Segarnya Dalam Ingatan
Tika Kau Baru Dilahirkan
Bersama Selawat Didendang
Itulah Tanda Kesyukuran

Si Kecil Debar Menanti
Tok Mudim Senyum Berseri
Majlis Khatam Sama Dirai
Selawat Bergema Lagi

Masapun Menggamit Usia
Hari Dijanji Telah Tiba
Selawat Pengikat Kasih
Terjalin Keluarga Harmoni

Bergema Selawat Bersama
Tak Kira Tua Dan Muda
Raikan Maulid Nabi Kita
Menyerlah Suasana Sentosa

Marilah Banyakkan Selawat
Tanda Cinta Kasihkan Nabi
Berkatnya Alam Dirahmat
Syafaat Akhirat Diberi



Disclaimer : Lirik lagu Rakan Slawat (Kenangan) – Raihan ini adalah hak cipta / hak milik dari pengarang, artis, band dan label musik yang bersangkutan. Seluruh media termasuk lirik lagu ataupun Chord lagu yang terdapat disini hanyalah untuk media promosi dan pembelajaran. (15493)