Malam Dan Semalam – Slam


Malam…
Kau datang membawa pesan
Membuat hatiku rawan

Bulan…
Kau suluh duka semalam
Rinduku menjadi dendam
Mencengkam…

1
Dan fajar pun menjelma
Resahku bergelora
Takutku hendak berdepan
Dengannya…

Bukan kerana salah dosa
Bukan kerana miskin hina
Tapi kerana cinta hampa
Ku tersingkir dilembah duka

Penawar yang pernah kuracuni datang
Dengan seribu mimpi
Ke mana nak ku lari
Ku di tawan oleh realiti

Kasih pudar di hati
Ku menumpang diruang sepi
Andainya kau kembali
Cinta tidak bertaut lagi

( ulang dari 1 )

Rambulan terlindung langit
Mendung membuat aku bingung
Kita sama bersalah
Kenapa pula aku kalah

Disclaimer : Lirik lagu Malam Dan Semalam – Slam ini adalah hak cipta / hak milik dari pengarang, artis, band dan label musik yang bersangkutan. Seluruh media termasuk lirik lagu ataupun Chord lagu yang terdapat disini hanyalah untuk media promosi dan pembelajaran. (11965)