Kini Hanya Sepi – Slam

Kasih mengapa kini
Dirimu kian berjauhan
Tika dan saat ini
Keresahan makin mencengkam
Bagai tak kau sedari itu semua
Adakah ketandusan cinta di hatimu

Ingin daku mengejar seribu bayangmu
Oh… sayang
Semakin ku hampir makin jauh
Kau kelihatan
Ternyatalah kini cintamu itu telah pudar
Pabila kau lafazkan perpisahan
Ku merelai segala yang kau lakukan
Demi kebahagianmu

Pedih, pedihnya sebuah perpisahan
Tak ku duga

( korus )
Impian suci yang terbina
Oh sekelip mata
Hancur bagaikan debu…
Yang tinggal hanyalah kenangan
Waktu bersama mu untuk
Mengubat rindu oh…

( verse )
Ohh…

Biar aku begini
Jika itu yang kau mahu
Ku cuba memahami keputusan
Yang kau berikan
Usah meragui
Keikhlasan hatiku ini
Ku doakan kau bahagia disampingnya

Kesepian ini kan hilang…
Ditelan masa oh…

( ulang 1, 2, 3, 4 & 1 )

Mungkin di suatu hari nanti
Kita akan bersama
Menjalin semula hubungan

Izinkan ku renung wajahmu
Walau seketika
Untuk kali terakhir



Disclaimer : Lirik lagu Kini Hanya Sepi – Slam ini adalah hak cipta / hak milik dari pengarang, artis, band dan label musik yang bersangkutan. Seluruh media termasuk lirik lagu ataupun Chord lagu yang terdapat disini hanyalah untuk media promosi dan pembelajaran. (10232)