Juita Ku Sayang (feat. Rafeah Buang) – Ahmad Jais


AJ:
Wahai juita ku indah rupawan
Juita ku sayang
Termimpi-mimpi wajah menawan
Ibaratnya sinar nan gemerlapan
Menuju kalbu ke kalbu idaman
Menuju kalbu ke kalbu idaman

RB:
Oh kekasih ku teruna satria
Sayang di sayang
Terpaut aku kerana jasa
Kerana budi lahir asmara
Sebagai embun menimpa bunga
Sebagai embun menimpa bunga

AJ:
Kalau juita telah sedia
Asmara berpadu kasih

RB:
Tiada masa menentukannya
Tiada manusia tahu

AJ: & RB:
Oh asmara ku wahai juita ku
Sayang di sayang
Semoga kita kekal abadi
Hidup bahgia untuk keluhuranmu
Ku puja-puja dengannya semadi
Ku puja-puja dengannya semadi

Disclaimer : Lirik lagu Juita Ku Sayang (feat. Rafeah Buang) – Ahmad Jais ini adalah hak cipta / hak milik dari pengarang, artis, band dan label musik yang bersangkutan. Seluruh media termasuk lirik lagu ataupun Chord lagu yang terdapat disini hanyalah untuk media promosi dan pembelajaran. (8733)