Joget Kaki Lima – Dahlan Zainuddin


( 1 )
Bukan lelong sebarang lelong
Lelong murah lelong murah Kuala Lumpur
Bukan bohong sebarang bohong
Bohong jugak bohong jugak mencari untung

( 2 )
Bukan gunung sebarang gunung
Gunung puyuh gunung puyuh mencakar bumi
Bukan untung sebarang untung
Untung cari untung cari sesuap nasi

( korus )
Buka pasar di kaki lima
Pulang jauh maghrib yang paling tentu
Jangan risau kerana berjaja
Untung nasib untung nasib untung beribu

Bukan padang sebarang padang
Padang panjang pandangannya indah
Bukan dagang sebarang dagang
Dagang senang dagang senang mencari nafkah

( ulang 1, 2 & korus )

Sapu tangan sampai di ambang
Kain batik kain pelikat hamba berdagang
Emm… berjualan di kaki lima
Pendapatan pendapatan jangan dikira

Disclaimer : Lirik lagu Joget Kaki Lima – Dahlan Zainuddin ini adalah hak cipta / hak milik dari pengarang, artis, band dan label musik yang bersangkutan. Seluruh media termasuk lirik lagu ataupun Chord lagu yang terdapat disini hanyalah untuk media promosi dan pembelajaran. (8692)