Harum – Nora


Kau kini datang
Menyerikan hariku yang suram
Dan menyirami wangian asli
Dalam diam
Detik waktu ku terbau
Semangatmu kian subur
Bagai desir angin lalu
Menyapaku…

Di sini
Seluruh ruang rasa
Kini harum tercipta
Dengan kasih
Yang menjalar mesra
Di sini kita wujud
Di dalam nafas bersatu
Satu arah
Haluan di tuju

Di tiap sudut
Segala akal telah tertumpu
Di segenap penjuru pandanganku
Kelihatan
Bercahaya dengan warna
Putik kembang kemesraan
Melebarkan kelopaknya
Untuk kita

Di sini kita wujud
Seluruh ruang rasa
Haruman mesra
Di sini kita wujud
Di dalam nafas bersatu
Satu arah
Haluan dituju



Disclaimer : Lirik lagu Harum – Nora ini adalah hak cipta / hak milik dari pengarang, artis, band dan label musik yang bersangkutan. Seluruh media termasuk lirik lagu ataupun Chord lagu yang terdapat disini hanyalah untuk media promosi dan pembelajaran. (6744)