Bantal Baldu (Ost. Putih) – Shima

Si putri cantik rupawan
Putera nampak tampan
Dua-dua sama menawan
Sama hebat dan sepadan

Berseri-seri
Alahkan pelangi
Seri melimpah pengantin baru
Tanda kasih direstui

Apalah rasa dalam hati
Kalau boleh diberi
Yang sepi tak sabar menanti
Waktu indah sebegini

Mahulah pergi mencari
Dia bergelar kekasih
Teman hidup sejati
Supaya Bantal Baldu Meneman Mimpi

Selamat pengantin Baru
Moga bahagia selalu
Selamat Pengantin Baru
Moga kekal ke anak cucu

Awal bermula dengan sayang
Akhir hendaknya biarlah kasih
Barulah sempurna cinta sebenar cinta
Cinta sejati tiada berantara
Bagai mentari dan sinar cahayanya

Selayang pandang tiada nampak berbeza

Apalah rasa dalam hati
Kalau boleh diberi
Yang sepi tak sabar menanti
Waktu indah sebegini



Disclaimer : Lirik lagu Bantal Baldu (Ost. Putih) – Shima ini adalah hak cipta / hak milik dari pengarang, artis, band dan label musik yang bersangkutan. Seluruh media termasuk lirik lagu ataupun Chord lagu yang terdapat disini hanyalah untuk media promosi dan pembelajaran. (1804)