Aidilfitri Di Alaf Baru – Siti Nurhaliza


Terdengar syahdu gema suara takbir
Tandanya tiba Syawal mulia
Kita beraya bersama berganding bahu
Sambut lebaran di alaf baru
Di Aidilfitri seiring kita berpadu

Selamat Hari Raya
Diucapkan kepada semua
Marilah kita meraikan
Lebaran dengan keazaman
Melangkah menuju wawasan

Bermaafan sesama kita
Lupakan semua sengketa
Jalinkan rasa muhibbah
Kan berseri hari raya
Aidilfitri tambah ceria

Menyambut raya biarlah berpada-pada
Jangan dilupa pada yang tak terdaya
Pada mereka bantulah seikhlas rela
Agar mereka turut merasa
Bersama kita gembira di hari raya

Kan berseri hari raya
Aidilfitri tambah ceria

Disclaimer : Lirik lagu Aidilfitri Di Alaf Baru – Siti Nurhaliza ini adalah hak cipta / hak milik dari pengarang, artis, band dan label musik yang bersangkutan. Seluruh media termasuk lirik lagu ataupun Chord lagu yang terdapat disini hanyalah untuk media promosi dan pembelajaran. (241)